Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek

KUALA LUMPUR- Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa esok menggantikan Al-Ishsal Ishak.

Beliau yang merupakan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Perdana pernah menjadi anggota suruhanjaya di SKMM dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau juga akan melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa sebagai penasihat telekomunikasi kepada Menteri KKMM.

Selain itu, beliau turut mengumumkan semakan semula kuasa menteri bagi meningkatkan prestasi urus tadbir SKMM.

“Kuasa Menteri akan disemak semula supaya wujud sistem semak dan imbang.

“Selain itu, pihak SKMM juga akan menyemak semula skop tugas dan tanggungjawabnya supaya membei fokus kepada peranan utama agensi tersebut.

“Ini termasuk memperbaiki struktur organisasi dan menambah baik bidang-bidang tertentu seperti perundangan, audit dan sumber manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast