MELBOURNE – Harga minyak melonjak dalam dagangan hari ini, menepis kerugian daripada sesi sebelumnya susulan keyakinan semakin meningkat dalam pasaran susulan pemulihan global dengan penurunan kes koronavirus.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS. naik 1.3%, atau AS$0.50 kepada AS$ 38.69 setong pada 0134 GMT, setelah turun sebanyak AS$ 1.36 pada hari Isnin.

Kontrak hadapan minyak mentah bertambah 1.4% atau AS$0.56 kepada AS$41.36 setong.

Penanda aras minyak global ini turun sebanyak AS$1.50 semalam, selepas merekodkan kenaikan tujuh hari berturut-turut.

”Dengan Brent mengekalkan harga melebihi AS$40 setong, ada perbincangan dalam kalangan pedagang bahawa WTI akan menguji paras itu tidak lama lagi,” kata Michael McCarthy, Ketua Strategi Pasaran di CMC Markets.

Stok minyak mentah AS. dianggarkan turun 1.5 juta tong minggu lalu, menurut tinjauan awal Reuters.

Enam penganalisis menganggarkan inventori minyak turun sekitar 100,000 tong pada minggu hingga 5 Jun lalu.

Namun, mereka menjangkakan stok penyulingan, termasuk diesel dan minyak panas, meningkat sebanyak 2.9 juta tong.

“Permintaan pulih secara beransur-ansur tetapi stabil. Walau bagaimanapun, masih ada lebihan bekalan, jadi OPEC dan rakan-rakan perlu mengawal tong ke dalam pasaran. Tetapi itu sukar,” kata Lachlan Shaw, Ketua Penyelidi Komoditi di National Australia Bank. – MalaysiaGazette