Amiruddin Shari

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor hari ini menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM18.5 juta kepada penjawat awam di negeri itu sebagai menghargai usaha menangani Covid-19.

Menerusi Facebook, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, bantuan tersebut turut meliputi kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Amirudin ada mengumumkan bantuan RM1,000 sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang akan disalur bermula 9 Jun.

Namun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Negeri tidak termasuk untuk mendapat bantuan itu. – MalaysiaGazette