Kai Havertz.

LONDON – Chelsea terus bernafsu memburu pemain baharu pada musim depan apabila sedang mengintai seorang lagi bintang muda sensasi yang kini mencuri perhatian dunia iaitu Kai Havertz.

Marca melaporkan, The Blues serius dalam pasaran perpindahan ini kerana sanggup menawarkan £75 juta kepada Bayer Leverkusen untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Nilai harga untuk pemain yang telah memiliki tujuh kaps bersama pasukan antarabangsa Jerman ketika ini dikatakan £90 juta dan Chelsea cuba untuk menurunkan harga tersebut.

Haverts yang masih memiliki kontrak bersama Leverkusen sehingga Jun 2022 telah menarik minat gergasi-gergasi Eropah untuk berunding, antaranya Real Madrid dan Bayern Munich.

Dua kelab gergasi tersebut dijangka tiada masalah dengan harga tinggi namun Chelsea juga tidak mahu mengaku kalah apabila pemiliknya, Roman Abramovich dikatakan sedia mengikut kemahuan pengendali, Frank Lampard.

Baru-baru ini Chelsea dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani seorang  lagi penyerang muda Jerman, Timo Werner dari RB Leipzig, lapor media British hari ini.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebelum ini menyifatkan Havertz merupakan seorang pemain yang sangat bagus dan Liverpool sudah menyerah kalah dalam persaingan untuk mendapatkan kedua-dua pemain muda Bundesliga itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast