Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan tekong darat dan laut, ejen selain penyedia rumah transit yang terlibat dalam penyeludupan migran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka ditahan kerana menyeludup seramai 371 pendatang asing sepanjang empat hari Op Covid-19 Benteng bermula pada 4 hingga 7 Jun lalu.

Katanya, suspek yang ditahan membabitkan 345 lelaki dan 26 wanita warga tempatan, Indonesia, Filipina, Bangladesh serta Myanmar.

“Berdasarkan pecahan, suspek ditahan membabitkan 124 ejen, 102 pembawa, 97 tekong dan 48 penjaga rumah transit atau rumah penampungan.

“Operasi empat hari ini adalah operasi fasa ketiga dijalankan bagi Op Covid-19 Benteng bermula 1 Januari lalu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Huzir memberitahu, jumlah keseluruhan ahli sindiket penyeludupan migran yang ditahan sehingga 7 Jun adalah seramai 547 orang.

Katanya, polis membuka empat kertas siasatan berkaitan jenayah terancang selain 70 kertas siasatan lagi mengenai penyeludupan migran.

Ujarnya, individu yang ditahan berusia 20 hingga 70 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast