TERKINI : UGUT POLIS!!! Penarik Kereta Mengaku Tidak Bersalah

Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini atas tuduhan mengugut bunuh seorang anggota polis dalam kejadian pada 21 Julai tahun lalu.

Tertuduh Omar Abdul Latif, 41, yang dibawa oleh polis dengan tangan bergari dan berpakaian baju berkolar T, seluar pendek dan berselipar didakwa melakukan kesalahan itu menerusi panggilan telefon terhadap anggota keselamatan itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam lebih kurang 10.46 malam 21 Julai 2019 di pekarangan Balai Polis Hulu Bernam di dalam daerah Hulu Selangor.