FIFA

LONDON – Liga-Liga Bola Sepak di benua Eropah dibenarkan untuk membeli atau menjual pemain sebelum liga domestik musim ini menutup tirai.

Kebiasaannya jendela permindahan dan pembelian pemain baharu hanya dibenarkan pada 1 Julai sejurus selepas sesuatu musim liga semasa menutup tirai sepenuhnya.

Peraturan baharu itu diperkenalkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) rentetan kelewatan permulaan liga domestik di benua itu akibat pandemik Covid-19.

Menurut badan pemantau dunia itu amalan tersebut dilaksanakan di bawah peraturan baharu yang diumumkan pihaknya.

Ini bermakna, pengumuman Ketua Eksekutif EPL Richard Masters bahawa liga England tidak akan membenarkan pembelian atau penjualan pemain sebelum 25 Julai ini tidak akan digunapakai ekoran pengumuman FIFA itu.

Kebanyakan kelab di Eropah mempunyai perancangan sedemikian namun Peraturan baharu FIFA akan membolehkan jendela baharu pemindahan pemain dibuka lebih awal.

“Kelab-kelab di Eropah dibenarkan untuk melaksanakan jendela perpindahan pemain kalender musim 2020/2021 menjelang penamatan musim ini yang dimulakan lewat akibat Covid-19.

“Namun ia tertakluk terma dan syarat yang perlu dipatuhi,” kata FIFA.

FIFA juga memgumumkan seseorang pemain di bawah peraturan baharu itu akan dibenarkan untuk beraksi bersama lebih tiga kelab berbanding dua kelab sahaja dalam peraturan sebelum ini pada satu musim.

Liga EPL akan kembali pada 17 Jun ini dan setiap kelab perlu menamatkan sembilan baki perlawanan untuk mengakhiri saingan musim ini yang telah digantung sejak 13 Mac lalu akibat Covid-19.