Peguam bela mewakili pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul iaitu Nurul Hafidzah Hassan hari ini membuat permohonan kepada mahkamah untuk membuat penghakiman terhadap Amyza Aznan yang gagal menunjukkan kehadiran terhadapan saman terhadap dirinya.
Berkata kepada pemberita, Nurul Hafidzah menjelaskan permohonan tersebut dibuat ekoran ketiadaan respon daripada Amyza semenjak tuntutan dibuat April yang lalu sehingga hari ini melewatkan proses tuntutan anak guamnya.