Philippe Coutinho

LONDON – Arsenal diberi kelebihan merekrut bintang Barcelona Philippe Coutinho apabila kelab gergasi La Liga itu bersedia menanggung separuh gaji pemain itu apabila dipinjamkan ke Stadium Emirates nanti.

Laporan di Nou Camp mendakwa kelab the Catalan itu bersedia meminjamkan bekas pemain Liverpool itu kepada the Gunners yang mengidamkan khidmat pemain itu.

Keputusan itu dibuat selepas Bayern Munich tidak berupaya untuk mengikat pemain itu secara tetap di Allianz Arena akhir musim Bundesliga nanti.

Coutinho ditawarkan secara pinjaman kepada beberapa kelab elit Liga Perdana Inggeris antaranya Arsenal, Chelsea, Tottenham dan Manchester United.

Namun, laporan terbaharu di Sepanyol mendakwa Barcelona menuntut yuran pinjaman berjumlah £10 juta pound kepada mana-mana kelab yang menagih khidmat pemain itu.

Malah Barcelona juga meletakkan syarat bahawa kelab yang meminjam Coutinho wajib menanggung sepenuhnya gaji pemain itu berjumlah £250,000 seminggu.

Pada mulanya Arsenal tidak bersetuju dengan syarat gaji itu memandangkan kelab itu memujuk pemain skuad menerima potongan gaji akibat Covid-19.

Bagaimanapun, laporan terbaharu pula memberitahu kononnya Barcelona sanggup berkompromi dalam soal gaji pemain itu yang mana bersedia menanggung separuh gajinya daripada £
250,000 iaitu £125,000 bagi memastikan melepaskan pemain itu dipinjamkan ke Emirates dimeterai segera.

Sementara itu, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta difahamkan mahu menguatkan 4 bahagian dalam pasukannya menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka dalam masa terdekat sebelum musim ini menutup tirai mengikut peraturan baharu FIFA Selasa lalu.

Arteta dilaporkan mahu membeli pemain pertahanan, perancang tengah, bek kanan pertahanan dan pemain ganti untuk Pierre Emerick Aubameyang atau Alexandre Lacazette sekiranya salah seorang pemain itu meninggalkan kelab.-MalaysiaGazette