Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod.

KOTA KINABALU – Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod.

Majistret Lovely Natasha Charles, membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada jam 4.15 petang semalam, selepas hadir ke pejabat agensi itu di sini pada jam 1.30 tengah hari, bagi memberi kenyataan berhubung kes berkenaan.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, atas kes pecah amanah.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguamnya Zahir Shah dan beberapa anggota SPRM, tiba di mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi, menaiki kenderaan agensi itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast