Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Gopal Sri Ram perlu disiasat segera susulan pendedahan terbuka yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali baru-baru ini.

Gopal Sri Ram perlu disiasat bagaimana beliau boleh mempengaruhi agensi-agensi penguatkuasa untuk mengatur penangkapan Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataannya kepada Apandi. (Gopal beritahu Apandi…”Mahathir mahu kamu tangkap Najib di pejabatnya. Kami telah atur polis dan majistret untuk perintah reman”).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan berapa bayaran yang diterima Gopal.

”Takkan percuma? Memang luar biasa Gopal Sri Ram ni apabila berani jumpa Apandi Ali membawa arahan Mahathir,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad turut menimbulkan persoalan mengapa bekas hakim itu masih mendiamkan diri selepas pendedahan dibuat oleh Apandi.

Mohd Puad Zarkashi

Oleh itu, beliau berkata, Gopal Sri Ram mesti disiasat segera memandangkan beberapa isu berkaitan.

Antaranya, dalam mesyuarat Kabinet semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menyatakan kekecewaannya kerana Tan Sri Tommy Thomas gagal memenjarakan Najib dengan segera, lantaran itu timbul persoalan adakah Gopal Sri Ram diminta menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah mengaku dalam mesyuarat MKT UMNO bahawa memang wujud konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Kata Muhyiddin, konspirasi itu wujud, cuma beliau menafikan dirinya terlibat.

Juga kebocoran video perbualan Datin Seri Rosmah Mansor dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad (bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang dibocorkan oleh Latheefa Koya dan bagaimana Dr Mahathir boleh menembusi agensi penguatkuasa ketika itu.

“Dia (Gopal Sri Ram) juga mesti disiasat secara maksimum. Pertemuan dan perbualan di rumah TS Apandi Ali itu telah dirakam. Bukti sudah siap,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Bekas peguam negara dedah dikunjungi Gopal Sri Ram suruh tangkap Najib

2 Komen

Comments are closed.