Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas hadir ke Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik yakin Pakatan Harapan (PH) masih belum meletakkan kepercayaan dan sokongan penuh kepada Tun Dr. Mahatahir Mohamad khususnya memberi ruang kepadanya menjadi Perdana Menteri semula.

Perebutan jawatan itu antara Dr. Mahathir dan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan gabungan itu masih belum mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat pengumuman tentang gerakan untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN).

“Kita lihat dalam penentuan siapa bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pun belum sahih, belum ada keputusan kerana sebahagian daripada Pakatan Harapan menyokong beliau dan sebahagian lagi menyokong Anwar Ibrahim, jadi ketidakpastian itu menyebabkan PH dan Tun M tidak dapat mencapai kata sepakat dalam membentuk kerajaan.

“Bagi saya itu satu keputusan yang sebenarnya menyebabkan kekuatan PH bersama Tun masih lagi tidak menentu. Kerana persoalan siapa yang patut menjadi PM adalah patut diselesaikan dahulu,” katanya Pensyarah Fakulti Perundangan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Ahmad Martadha kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Tambah beliau, keinginan Tun M untuk memegang kembali jawatan itu sudah tentu menjadi satu halangan besar buat PH yang dominannya dibayangi oleh Anwar, apatah lagi selepas gabungan parti politik itu kecundang selepas mentadbir hampir 22 bulan akibat krisis dalaman.

“Di pihak Tun beliau masih menyatakan keinginan memegang jawatan Perdana Menteri walaupun tempoh masa pendek. Itu dari kenyataan beliau sendiri dan dalam masa yang sama Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang kerap kali menyatakan secara terbuka bahawa beliau pilihan Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Baru-baru ini Anwar menegaskan pembangkang kini mempunyai sokongan teguh daripada 107 Ahli Parlimen.

Mengakui masih mempunyai majoriti yang kurang daripada PN, namun kedudukannya terus kukuh.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, Anwar dan beberapa pemimpin PH tanpa Dr. Mahathir mengadakan pertemuan di Hotel Grand Dorsett.

Antara kelibat yang kelihatan bersama Anwar ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu Liew Chin Tong, Tony Pua dan Anthony Loke.

Turut bersama Anwar dalam pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad.-MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Sorang gila kuasa, sorang lg mabuk kuasa.
    Tak abis2 dgn politik toksik dan Kanibal.
    Yg menanggung sengsara rakyat bawahan ni..

  2. seorg layak PM Tjg Rambutan dn seorg lagi dTAMPOI.jika masih berebut dn gila kuasa TIDAK selesai jalan TERBAIK ialah KERUSI PM yang kekal iaitu di LIANG LAHAD.

  3. Mereka berdua juga perlu berhati hati kerana takut kena tikan dari belakang sekali lagi. Orang orang yang hampir dengan mereka seperti Maszlee kita tak boleh nak percaya sangatkerans mengkin dia juga sedang merancang sesuatu ubtuk diri nya jadi PM arai TPM. Lebig selamat kalau di letak Kit Siang atau Tun Daim sebagdi PM untuk selesai masalah.

  4. Tak malu ke kejap sokong kejap tak sokong. Dulu mgkin nama tun m gah kot. Ini kalau dh berkali2 kejap2 tukar, yg tak siuman saja blh terima. Kan dtk que.

Comments are closed.