Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti kluster Covid-19 rumah warga emas dengan apabila terdapat kes positif yang ketiga dalam kalangan penghuni di sebuah pusat penjagaan warga emas di Kuala Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kes baharu positif itu mengesahkan sehingga kini terdapat tiga kes positif bagi pusat penjagaan warga emas itu.

“Dua kes telah didapati positif Covid-19 pada 17 Mei lalu hasil daripada ujian saringan yang dilaksanakan di pusat penjagaan warga emas.

“Pada ketika ini, seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni tersebut telah disaring tetapi keputusan kesemua kakitangan dan 24 penghuni yang lain adalah negatif,” katanya dalam sidang media perkembangan harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Tambah Nood Hisham, setelah hampir sebulan kemudian kes ketiga ini pula didapati positif Covid-19 daripada saringan Severe Acute Respiratory IIlness (SARI) apabila dimasukkan ke wad Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun lalu.

“Ini merupakan saringan kali kedua bagi beliau (negatif pada saringan kali pertama semasa saringan pusat penjagaan
warga emas).

“Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah-langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah kuman
dan nyah cemar,'” tegasnya.-MalaysiaGazette