Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 60% responden tempatan menyokong pelaksanaan hukuman mati diperlukan dan 31% responden bersikap ‘neutral’ (tidak menyokong mahupun melawan) terhadap hukuman mati.

Manakala 71% responden memegang kepada prinsip ‘an eye for an eye’ (percaya kepada pembalasan setimpal) dalam sokongan mereka terhadap hukuman mati.

Tetapi faktor paling besar dalam sokongan kepada hukuman mati adalah kepercayaan  ianya bertujuanmencegah jenayah; 85% responden mempercayai hukuman mati mampu membuat penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah.

Pada amnya, semakin serius dan ‘peribadi’ sesuatu jenayah tersebut, semakin meningkat sokongan untuk hukuman mati.
The Centre yang menjalankan kaji selidik bertajuk ‘How Do Malaysians Really Feel About The Death Penalty?’ mendapati
73% responden menyokong hukuman mati untuk jenayah seperti pembunuhan dan rogol, tetapi sokongan tersebut menurun kepada 47% untuk jenayah yang berkaitan dengan keganasan terorisme atau pembunuhan kaum/bangsa walaupun ia mungkin mengorbankan lebih banyak mangsa.

Kaji selidik tersebut dijalankan ke atas 500 responden di Semenanjung Malaysia yang bertujuan untuk memahami tahap sokongan terhadap hukuman mati dan faktor-faktor di sebaliknya.

Ia juga bertujuan untuk menguji sejauh mana sokongan orang ramai terhadap hukuman mati, termasuk hukuman mati mandatori, terhadap pelbagai jenis kesalahan serta kehadiran faktor-faktor lain seperti butiran kes tertentu.

Namun begitu, niat dan fakta kes juga amat penting dalam sokongan terhadap hukuman mati yang mana 85% responden berpendapat bahawa hukuman mati patut dijatuhkan terhadap mereka yang sengaja membunuh, tetapi hanya 42% responden memilih hukuman mati untuk kesalahan yang menyebabkan kehilangan nyawa tanpa niat membunuh.

Sokongan untuk hukuman mati semakin menurun lagi apabila responden diberikan faktor pengurangan daripada contoh kes-kes bunuh yang lalu.

Katanya, isu hukuman mati dan hukuman setimpal amat relevan bagi kes-kes dadah memandangkan kebanyakan banduan akhir di Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah.

Manakala 63% responden menyokong hukuman mati untuk kes dadah yang melibatkan pengedaran dadah secara besar-besaran dan melibatkan banyak pasaran.

Tetapi hanya 21% responden menyokong hukuman mati bagi mereka yang membeli dadah untuk kegunaan peribadi, sementara 35% responden memilih hukuman mati untuk pengedaran dadah secara kecil-kecilan.

Secara keseluruhan, melainkan kesalahan atau senario tersebut melibatkan jenayah yang serius seperti pembunuhan dengan niat, kurang daripada 15% responden menyokong hukuman mati mandatori. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast