KUALA LUMPUR –Hari ini genaplah angka 100 hari Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memikul mandat sejak 10 Mac tahun ini.
Annuar dan timbalannya, Datuk Seri Edmund Santhara memang menjadi perhatian sejak menerajui kementerian berkenaan selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Hakikatnya, untuk penulis sendiri, Annuar salah seorang daripada menteri yang komited dalam tugasnnya dalam menjaga ibu kota dan Wilayah Persekutuan.
Anda boleh melihatnya setiap hari membuat live memberitahu maklumat terkini khasnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah jadual media sendiri penuh setiap hari dengan aktivitinya.
Beliau ternyata tidak menggunakan kedudukan untuk terus berpolitik serta cakap kosong, Annuar dilihat lebih gemar turun padang.
Kadangkala seperti tidak ‘menang tangan’ media dibuatnya kerana jadualnya penuh dari awal pagi sehingga operasi pada lewat malam.
Dalam tempoh itu, pelbagai janji serta ikrar yang diucapkan oleh Annuar menjadi kenyataan walaupun ketika negara berdepan dengan keadaan pandemik Covid-19.
Ketika temuramah eksklusif kepada MalaysiaGazette baru-baru ini, beberapa intipati serta isu yang disentuhnya termasuklah isu gelandangan, warga asing, bantuan rakyat miskin termasuk B40 dan golongan asnaf, polemik Kampung Baharu juga Covid-19.
Ada setengahnya ketika beliau menjawab persoalan yang banyak menghantui warga KL sejak sekian lama, jawapan diberikannya seolah-olah tidak begitulah menyakinkan namun semua itu bukanlah omong kosong.
Antaranya isu berkaitan Pasar Borong Kuala Lumpur yang rata-rata didominasi oleh warga asing dan perkara itu terus mencetus kebimbangan apabila Covid-19.
Selain itu, isu gelandangan dan kesihatan mereka juga terus menjadi persoalan lagi-lagi apabila PKP telah diperkenalkan dan kumpulan itu hampir lebih 1,000 masih lagi ‘bebas’ berlegar di ibu kota.
Akhirnya, bukan sahaja Annuar berjaya mencari penempatan sementara termasuk makan minum dan bantaun kesihatan kepada gelandangan sebaliknya beliau sama-sama mencari alternatif ‘menyelamatkan’ golongan supaya tidak lagi pulang ke jalanan selepas PKP berakhir.
Idea itu berhasil dengan pelbagai agensi kerajaan juga swasta tampil membantu dengan mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal serta gaji tetap kepada mereka dan ada yang mendapat pendapatan mencecah lebih RM2,000 ke atas.
Ada juga mendapat bantuan kaunseling, motivasi serta bimbingan bagi membantu mereka kembali menikmati kehidupan seperti orang lain.
Annuar bukan sahaja enggan memanggil golongan itu sebagai gelandangan sebaliknya menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka.
Dalam pada itu, beliau juga mengutamakan isu penjaja, peniaga kecil terutama pemberian lesen perniagaan.
Beliau juga memberikan pengecualian enam bulan bayaran sewa gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain keistimewaan lain.
Tidak lupa tentang sumbangan RM500 secara one off ketika musim PKP baru-baru ini bagi semua peniaga kecil serta penjaja di ibu negara.
Selain itu, sebuah jawatankuasa pengurusan Covid-19 telah di tubuhkan bagi memastikan kesemua keperluan mencapai sasaran yang aktif 24 jam.
Aduan-aduan rakyat yang disalurkan juga telah di arahkan oleh Annuar untuk segera di tangani dengan ada segelintirnya daripada beliau sendiri turun padang mahupun Edmund Santhara atau agensi lain-lain.
Juga telah mewujudkan Talian Pertanyaan Menteri Wilayah Persekutuan (PERTIWI) bagi memastikan setiap permasalahan rakyat menjadi tanggungjawab keseluruhan kementeriannya.
Beliau juga ketika ini sedang berjuang untuk mendapatkan keadilan buat masyarakat India penduduk rumah Panjang Bukit Kiara bagi pembinaan rumah mampu milik yang telah dijanjikan kepada mereka sejak puluhan tahun dahulu.
Sikapnya tidak bertoleransi terhadap pemaju yang ingin mengubah kawasan taman kepada pembangunan dan pelaksanaan semula Tabung Penyelenggaraan Wilayah Persekutuan (TPWP) juga boleh dikira sebagai pendekatan positif Annuar.
Tidak lupa juga inisiatif perumahan rakyat di mana memperkenalkan 5,000 unit Residensi Prihatin untuk golongan muda membeli rumah bawah RM200,000 selain program rumah mikro sebanyak 1000 unit dengan kadar sewa RM800 – 850 sebulan.
Annuar juga banyak membuka peluang kepada golongan muda apabila membuka peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur dengan gaji RM2,000 hingga 2,400 sebulan selain peluang pekerjaan dalam sektor penyelenggaraan.
Selain itu, memperkenalkan 5,000 unit Residensi Prihatin di bawah harga RM200,000 juga menyediakan perniagaan di 103 tapak kawasan strategik untuk usahawan belia menjalankan perniagaan.
Tidak lupa juga di tengah-tengah pandemik, beliau melakukan inisiatif menghargai golongan petugas barisan hadapan dengan kempen Light It Blue juga mencapai sasaran.
Kelihatan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang dinyalakan dengan lampu biru sebagai tanda solidariti penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berkorban berjuang melawan pandemik Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 30 APRIL 2020Justeru, rakyat berharap akan lebih banyak pencapaian dengan mengutamakan rakyat di ibu kota selepas ini dilaksanakan oleh Annuar.–MalaysiaGazette
Dalam waktu singkat pelbagai milestones telah dicapai. Berbanding menteri terdahulu, bagai langit dengan bumi!
Cuba bandingkan dgn khalid samad….mcm langit dgn bumi…..itu yg dinamakan LEADERSHIP! Pihak PH sila belajar dari ahli2 politik spt Tan Sri Anuar…..sebelum PH ditong sampahkan PRU15 nnti! Hidup BN, PN, MN.
..
skrg dia tu mcm bomi dgn pluto…