Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai PM-10.

KUALA LUMPUR – PKR hari ini memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (PMM) Keadilan selepas mengadakan mesyuarat khas bersama ahli-ahli Parlimen parti itu.

Dalam satu kenyataan di sini, parti itu menegaskan pihaknya telah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

PKR, juga, kata kenyataan itu menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, menurut MPP, permasalahan berbangkit apabila bekas perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

“KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” kata MPP.

Dalam mesyuarat hari ini, PKR juga memutuskan sekiranya parti itu kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, dasar dan program pentadbiran mestilah mengangkat semangat keadilan untuk semua.

Kerajaan itu juga mestilah mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kuasa Raja-Raja Melayu; membela nasib rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak; dan memperjuang agenda reformasi serta pembaharuan tata kelola pentadbiran.

Selain itu, MPP PKR juga mahu Kerajaan Persekutuan itu kelak memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah golongan rakyat miskin bandar dan desa; memperjuangkan nasib peneroka dan pekerja; serta membangun semula negara dalam keadaan tiada mana-mana kumpulan yang tertinggal jauh di belakang.

“Pentadbiran baharu ini juga mestilah bersifat stabil dan tidak tertakluk kepada pertukaran kepimpinan yang berkali-kali,” katanya.

Menurut mereka keadaan menjadi lebih parah selepas penularan wabak Covid-19 di mana tumpuan harus diberi untuk memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan baharu, serta memperjuang nasib pekerja.

Oleh itu, menurut MPP, Kerajaan Persekutuan yang baharu mestilah memberi fokus menyeluruh untuk melaksanakan agenda ini.

Selain itu, MPP PKR juga mahu supaya keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil dan pandangan rakyat termasuk masyarakat Melayu yang kritis ketika Pakatan Harapan mentadbir mesti diteliti, difahami, dan dijadikan iktibar untuk perbaiki keadaan.

“Keinsafan ini memerlukan bukan sahaja muhasabah tetapi juga ikhtiar reformasi dalaman yang menyeluruh, untuk sekali lagi memenangi hati rakyat dengan mengutamakan nasib mereka,” katanya.

Selain itu, MPP juga melahirkan keprihatinan terhadap beberapa kes mutakhir ini yang menurut mereka menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan mendakwa mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali.

Oleh yang demikian, kata mereka, Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.

“KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Woi PKR..toksa nak sembang laaa…yg dilepaskan tu Lim Guan Eng & Shafie Afdal…ko ada telor kaaa nak kritik Guan Eng?? poooodaaah

  2. Takat tu ja la politik hampa. Bagus, senang rakyat menilai. Bagi hampa cuma kejar jawatan saja. Dua dua pun sama ja. Kami rakyat tolak hampa. Agama pun suh tolak org yg gila jawatan cam hampa dua. Woi org pkr, hampa tak sadar laginka woi

  3. Mula2 Tun M tolak AI, lepas tu AI tolak Tun M..
    Terujk betul politik Kanibal mereka ni..
    Sekrg majoriti Melayu tolak Tun M Dan AI..

Comments are closed.