HARI ini rakyat Malaysia sedang menghadapi satu situasi atau tekanan yang sangat membimbangkan masa depan negara yang tercinta ini.
Ini kerana sebelum PRU-14, kesemua pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah bertekad untuk menghapuskan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan kleptokrasi yang menjadi budaya pemerintah pada masa itu serta berjanji untuk memberikan sebuah kerajaan yang baru dengan pemerintahan bersih.
Pemimpin yang saya maksudkan ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain lagi.
Rakyat telah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap pemimpin- pemimpin tersebut.
Oleh yang demikian, rakyat telah memilih kerajaan PH demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara disamping menghapuskan semua bentuk penyalahgunaan kuasa dan wang.
Dalam sejarah julung-julung kalinya, rakyat telah memilih kerajaan PH untuk memerintah negara Malaysia kerana
telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak ketika itu.
Dengan adanya kuasa pentadbiran di tangan PH, hasrat menjadi kenyataan di mana kita telah berjaya membebaskan Anwar.
Bukan itu sahaja, demi merealisasikan manifesto PH, pemimpin PH juga telah berjaya menghapuskan GST dan menghentikan perlantikan projek-projek mega yang menelan jutaan ringgit serta menjadi contoh yang terbaik dalam urus-tadbir kementerian masing-masing.
Tujuan saya berkongsi ialah rakyat perlu sedar bahawa tanpa kuasa kerajaan pusat, PH tidak dapat melakukan sebarang tindakan yang menjamin masa depan rakyat dan negara.
Pimpinan tertinggi PH telah mentadbir kerajaan dengan kos yang paling minimum dengan mengabungkan kementeriannya.
Ini menunjukkan dengan jelas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membazirkan wang rakyat dengan dengan memberikan jawatan menteri yang banyak untuk mengekalkan kerajaan di peringkat Putrajaya.
Adakah Ahli Parlimen seperti Khairi Jamaluddin tidak berkemampuan untuk menerajui tugasan yang ditinggalkan oleh Bee Yin?
Jawapannya ialah boleh tetapi Muhyiddin sengaja menghulurkan jawatan menteri sebagai umpan untuk terus menjadi Perdana Menteri dan mengekalkan kerajaan PN.
Kedua, perkara yang sangat membimbangkan ialah kebebasan beberapa individu yang telah disabitkan kesalahan rasuah di mahkamah.
Selain daripada perlantikan jawatan menteri yang banyak dan perlantikan GLC yang luas, pembebasan kes-kes rasuah dan kleptokrasi ini turut sangat membimbangkan dan mencabar kedaulatan undang-undang di negara kita.
Usaha kita yang memperjuangkan keadilan selama ini akan menjadi cair di depan mata kita begitu sahaja.
Justeru saya harap pemimpin tertinggi PH menemui satu titik persefahaman dengan segera untuk perlantikan jawatan Perdana Menteri serta mengambilalih kerajaan persekutuan dengan apa jua cara untuk menegakkan keadilan demi masa depan anak cucu kita.- MalaysiaGazette
P. Raidu Veraman @ Raidu Rai
MIV – Malaysian Indian Voice
Bos, janganlah berat sebelah hanya kerana bos suka PKR. Sebutkan juga keburukan PH, pasti sama panjang artikelnya nanti. Apa kah perlantikan Latifah Koya itu bukan bentuk salah guna kuasa dgn lantik kroni politik yg pasti berat sebelah dlm mendakwa? Awal2 lagi dah tipu manifesto, apakah pasti tak kan tipu lagi dlm perkara2 lain sebelum PRU15 tiba? Hanya kerana nak telus dan jimat cermat, rakyat hidup sukar apa gunanya..
Raidu……u tesilap naik bas niiiiii……