MPPH gesa kerajaan ambil serius pandangan pakar kesihatan awam mengenai kelonggaran SOP.

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu menunggu enam bulan lagi untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, kedua-dua pemimpin itu menegaskan bahawa mereka konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia sejak 1998  dan akan terus berbuat demikian.

Namun, kata mereka, senario politik semasa mendorong mereka juga untuk bersetuju dengan pilihan kedua, iaitu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan selama enam bulan dan selepas tempoh itu digantikan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Perjalanan politik ini, telah mengambil masa selama 22 tahun. Justeru, PH mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10,” kata Guan Eng dan Mohamad.

Menurut mereka lagi, peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar selepas tempoh enam bulan itu akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani oleh semua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka.

Menurut Guan Eng dan Mohamad, dengan latar senario politik semasa, satu-satunya pilihan realistik untuk PH berjaya adalah menggabungkan kekuatan semua lima parti melibatkan PKR, Amanah, DAP, parti Warisan dan kelompok penyokong Dr. Mahathir dalam Bersatu.

Mereka berkata, walaupun Dr Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, semua parti dalam PH (Plus) mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

PKR dalam kenyataannya baru-baru ini, mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Dr. Mahathir Perdana Menteri dan Anwar Timbalan Perdana Menteri dengan peralihan kuasa kepada Presiden PKR itu selepas tempoh enam bulan.

Artikel berkaitan: PKR tolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga

PKR membuat keputusan itu berikutan Warisan dan Dr. Mahathir menolak pilihan pertama untuk mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-dua pilihan itu dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang dipengerusikan Anwar.

Menurut mereka, dalam usaha menghormati mandat pilihan raya yang diberikan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU 2018, ada pihak mengambil peluang melabelkan PH sebagai gila kuasa.

Katanya, PH telah dikritik kerana lambat bertindak menuntut kembali mandat rakyat, tetapi apabila laluan yang realistik ditemukan, mereka dikritik pula kononnya gila kuasa.

“Ini tidak adil kerana walaupun kami tidak gentar menjadi pembangkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan.

“Kedua-dua kami, DAP dan Amanah telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak.

“Malangnya, usaha itu belum berjaya, malah kita berharap PKR dan Dr. Mahathir bersama Warisan tidak akan semakin menjauh, bahkan terus merapat dan bersatu-padu,” katanya.

Artikel berkaitan: PKR tak setuju Tun M jadi PM

Melihat masing-masing sebagai musuh, bukan rakan sekutu, Mohamad dan Guan Eng berpendapat, sikap sedemikian tidak akan membantu, bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat.

Katanya, hanya apabila PH bersetuju, mereka akan memastikan dapat menuntut semula kerajaan milik rakyat ini.

“Seperkara lagi, tidak patut ada sebarang urusan dengan watak utama (bekas pemimpin PH) yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan sah PH dan membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat ini berkuasa.

“Pengundi PH tidak akan mengampunkan mereka yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.

“Mereka memberi penghormatan kepada pemimpin PH, Warisan dan Bersatu yang telah berani berdepan ugutan dan godaan bagi menolak kerajaan PN yang tidak mendapat mandat itu,” tegasnya.

Menurut mereka lagi, PH dan orang ramai menyokong serta bersetiakawan dengan kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengekang anasir pengkhianat daripada cuba menumbangkan kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya.

Artikel berkaitan: “Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah” – Anwar

Semalam Anwar menegaskan beliau curiga dengan cadangan memberi ruang kepada Dr Mahathir umenjadi perdana menteri sekali lagi selepas janji untuk menyerahkan kuasa pada Mei 2020 semakin kabur apabila bekas perdana menteri itu mengumumkan akan berbuat demikian selepas persidangan APEC akhir tahun ini.

Anwar menyifatkan tempoh hampir 24 tahun yang diperoleh Dr Mahathir memegang tampuk kuasa adalah mencukupi dan tiba masanya menyerahkan jawatan tersebut mengikut giliran seperti yang dijanjikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. YB Anwar cukuplah kena kencing leh Atok lagi dan lagi.pedulikan LGE Dapigs n Gang.eloklah jaga hati penyokong setia anda dlm PKR.

  2. Lupakan saja hasrat nak jadi PM sdr nuar sebab kalau kamu setuju kamh akan terlepas selamanya. Eloklah kamu gantung diri daripada menanggung malu. Ataupun lebih mudah lagi terjun bangunan. Nak glamor Menara Kuala Lumpur. Tapi kalau nak paling simbolik masuk kandadang harimau arau kolam buaya untuk dibaham.Di Melaka ada Taman Buaya milik Tan Sri Rahim Tamby Chik. Kawan lama.

  3. Shafie Afdal kerajaan tebuk atap tu?? Kalau tak kerana pengkhianat UPKO lompat dari BN tak mungkin si perasuah tu jd KM..pooodahhh

  4. Ko berlima parti capua la apa saja..
    Hakikatnye rakyat dah tak mahu korang lagi.
    Amanah Akan kalam x lama lagi..
    Kit sial pun akan menyusul atuk sbb 2ekor ni tunggu sesama kawan utk mati bersama..
    Guna End akan tenggelam bersama terowong Nye bila sprm buka kes soon.
    Sabon akan jadi ahli nujum utk kwn2 dap cari no ekor..
    Sapi lak tunggu la kes kamu n adik2 kamu dibuka balik..

  5. Udah2 la berpolitik. Hidup korang tiap hari politik je ke?. Kitorang dah naik mual dgn politik korang.

  6. Konfem nk jd kerajaan ka badut2 ni?..dh hilang ka rasa malu memasing?..xsedar lg ka hgpa semua tu pembangkang?.

Comments are closed.