PRK CHINI : Masing-Masing Ada Cara Berkempen – Sharim Md Zain

Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Chini, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain berkata beliau menyambut baik pertandingan tiga penjuru di pilihan raya ini.

Beliau berkata ia mempamerkan demokrasi yang diberikan kepada mana-mana individu yang ingin merebut kerusi ini pada 4 Julai depan.