Sultan Ibrahim Sultan, Iskandar.
Sultan Ibrahim Sultan, Iskandar.

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan agar Jabatan Kesihatan Johor membuat ujian saringan kesihatan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sultan Johor itu bertitah, langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ketika negeri tersebut kini dilanda banjir.

“Saya berharap Jabatan Kesihatan Johor mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan ujian saringan kesihatan di setiap PPS bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,”titah baginda.

Baginda turut menyeru agar kerajaan negeri berkenaan membuat persiapan yang cukupĀ  dan memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS mendapat keselesaan serta kemudahan yang diperlukan.

“Kerajaan negeri menerusi agensi-agensi yang berkaitan perlu juga memastikan mangsa-mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan yang secukupnya,” demikian titah baginda.

Baginda turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya sentiasa berhati-hati dan segera berpindah jika paras air mula meningkat.

Perkembangan terkini menyaksikan situasi banjir di Johor semakin reda dengan jumlah mangsa tinggal 911 dari 220 keluarga berbanding 941 dari 227 mangsa pagi tadi.

Dilaporkan semua mangsa di tempatkan di 16 buah PPS.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast