Dean Henderson.

LONODN – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dilaporkan sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan penjaga gol muda Manchester United, Dean Henderson.

Henderson yang kini berusia 23 tahun disifatkan antara pemain masa depan United yang akan menjadi penjaga gol utama di Old Trafford bagi menggantikan David De Gea.

Begitu pun dengan peluangnya untuk beraksi di pasukan utama United Cukup tipis menyebabkan Henderson nampaknya lebih cenderung keluar lagi secara pinjaman untuk kali keenam.

Pinjaman itu mungkin untuk musim ketiga dengan Blades setelah selama dua musim berturut-turut dia telah menunjukan prestasi mengagumkan bersama kelab itu.

Namun menurut sumber, Chelsea dikatakan sedang mencari jalan untuk memanfaatkan keadaan dan cuba memancing penjaga gol United itu untuk berpindah ke London dengan jaminan sebagai penjaga gol utama bagi menggantikan Kepa Arrizabalaga.

The Blues dikatakan bersedia menawarkan sekitar £50 juta kepada United untuk membawa pemain muda ini ke Stamford Bridge.

Musim ini adalah musim pertama Henderson bermain di Liga perdana Inggeris dan pemain ini berjaya mencatatkan 11 clean sheet dalam 28 penampilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast