Li Kit Siang menyifatkan pencalonan Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan perdana menteri kesembilan bertujuan membuka ruang kepada Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kesepuluh.

KUALA LUMPUR – Persepsi kononnya kini DAP mahupun Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mengabaikan’Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pandangan yang salah.

Sebaliknya, perjanjian terbaharu Mesyuarat Majlis Presiden PH yang mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama enam bulan sebelum memberi laluan kepada Anwar sebenarnya adalah yang terbaik.

Itu pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Kata Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Putri itu, hakikatnya itulah pilihan yang besar kemungkinan boleh memastikan impian menjadikan Anwar sebagai perdana menteri akhirnya terlaksana.

“DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kita tidak boleh terus dibelenggu dengan sejarah silam, jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.

“Pada masa yang sama, kita tidak boleh bersifat oportunistik atau mengorbankan prinsip-prinsip asas kita untuk membawa reformasi kepada institusi-institusi negara dan membawa perubahan secara demokratik.

“Kesilapan telahpun berlaku sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan kita tidak boleh mengulangi semula kesilapan ini jika kita berjaya mengembalikan semula mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14,” tulisnya panjang lebarnya.

Artikel berkaitan: DAP, Amanah mahu Tun M jadi PM-9, Anwar PM-10

Sambung Kit Siang lagi, selepas ini selesai sudah persoalan mengenai calon Perdana Menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

“Satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.

“Namun, kita harus bersifat realistik. Dengan semua faktor ini sekalipun, tidak ada jaminan yang kita akan berjaya untuk mengembalikan semula mandat rakyat ini,” ujarnya.

Tambah beliau, PH akan terus bersama sebagai satu unit politik yang bersatu teguh untuk menyatukan semua kumpulan politik dalam negara yang berkongsi aspirasi untuk menyelamatkan Malaysia dengan melaksanakan reformasi institusi dan membawa perubahan demokratik. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Ada peguam yang kata kontrak perjanjian, bende2 ni tiada legally binding!

    Esok bila dah sampai bulan kelima Atok jadi PM, sekali lagi anda KEMPUNAN.

    PENIPU2 sangat bijak Non!

  2. ….benar…dap tidak pernah “abai” tun m dan dsai….
    ….apatah lagi org melayu…..
    …..dap sanggggggat perihatin…..
    …abaikan….maknanya…tamatlah “juangan” dap….
    ….ingat…ingat…ingat…..
    …mereka tidak akan penat…
    …tidak akan penat…
    …pecah hancurkan melayu!!!

  3. Kau tu kapir, mana reti bab berjanji. Tun M tu dah tak tepati janji. Sbb tu DSAI tak mau Tun M berjanji lagi. Ada kau faham?

  4. Sy mohon kpd kepimpinan PH, ahli2 & penyokong PH agar Bersatu padu & kembali kpd asas perjuangan sebenarnya. Yg hendak Kita tegakkan adalah keadilan & reform.

    PH harus hentikan & Cukup2lah bercakap & Berbincang soal numbers & option2, tumpukan kpd permasalahan, kemiskinan, EKONOMI rakyat & PRU15. Rakyat Malaysia dah Tahu & sedar mainan puak2 Kartel, tebuk atap, pengkhianat & subotage sehingga kejatuhan kerajaan Malaysia pimpinan PH

    Bgi pucuk pimpinan DAP & Amanah hentikan bercakap berkenaan option2 & cadangan tempoh peralihan kuasa 6 bulan & perjanjian2 bertulis & sebagainya.. bukalah minda kamu pemimpin2 pH, dalam tempoh 6 Bulan yg dicadangkan berkemungkinan besar akan berlaku PRU15, apabila berlaku PEMBUBARAN parliment Siapa YG akan memimpin PH & bakal PM? Adakah DSAI @ TM?? Adakah masa itu Kita nak fikir lagi soal Siapa YG boleh bawa number utk mengembalikan mandat RAKYAT?? Parliment dah bubar!! Numbers is nothing!! Kamu semua dipermainkan & secara tidak langsung ISU bakal PM akan menjadi barah dalam PH utk memenangi PRU15 nanti.. Tak sedar2 lagi kpd YG suka bangkitkan ISU Options & perjanjian..

    Sekarang PH berada dlm keadaan cukup selesa utk memenangi PRU15.. rakyat Malaysia sudah Mula mengetahui Hakikat yg sebenarnya.. mohon jgn buat rakyat Malaysia berfikir 2 Kali.. sekarang PN & MN sedang mencari peluang utk memecah belahkan PH kerana mrk lihat PH ancaman terbesar bgi mrk bila PRU15 nanti..

    #DSAI4PM #SETIAKAWAN #DSAI4PM #SETIAKAWAN #DSAI4PM #SETIAKAWAN #DSAI4PM #SETIAKAWAN #DSAI4PM #SETIAKAWAN

Comments are closed.