Foto talkSPORT.

MANCHESTER – Manchester City membantutkan impian Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris esok selepas membelasah Burnley 5-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bagaimanapun perlawanan itu dicemari oleh insiden kain rentang yang tertulis White Lives Matter Burnley.

Sebelum ini, ayat Black Lives Matter dicetak di belakang jersi bagi ke semua 12 perlawanan Liga Perdana yang disambung semula.

Pemain-pemain, jurulatih dan pengadil turut berlutut sebelum sepak mula setiap perlawanan sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan.

Sementera itu, Burnley dalam satu kenyataan segera berjanji akan melarang mereka yang terbabit daripada memasukkan stadium Turf Moor seumur hidup.

“Kami memohon maaf kepada Liga Perdana, Manchester City dan mereka yang membantu mempromosikan kempen Black Lives Matter,” kata Burnley.

Dalam perlawanan itu, Phil Foden membuka jaringan untuk City pada minit ke-22 disusuli dua jaringan pantas Riyad Mahrez dua minit sebelum rehat.

David Silva meledak gol keempat City enam minit selepas rehat dan Foden melengkapkan kemenangan dengan jaringan minit ke-63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast