TERKINI : Big Blue ‘Buka Pintu’ kepada Bekas Pemandu GRAB – Datuk Shamsubahrin

Syarikat pengendali teksi, Big Blue Capital Sdn Bhd membuka pintu seluas-luasnya untuk mengambil seramai 360 kakitangan Grab yang telah diberhentikan kerja.

Presidennya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tawaran itu diberikan bagi membantu mereka yang telah diberhentikan oleh syarikat e-hailing berkenaan.

“Saya ingin mengumumkan kepada kakitangan Grab dan juga pekerja syarikat e-hailing yang lain di negara ini untuk mohon bekerja dengan syarikat kami Big Blue.