Rikitic menjaringkan gol tunggal Barcelona hasil hantaran Messi dalam aksi La Liga semalam.

BARCELONA – Gol tunggal Ivan Rakitic berjaya membantu Barcelona melonjak semula ke tangga teratas La Liga sepanyol.

Rakitic membuka jaringan pada minit ke-71 menentang Atletico Bilbao di Naou Camp semalam.

Bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara kerana pesaing terdekatnya Real Madrid akan kembali ke tangga teratas liga sekiranya berjaya menumbangkan Mallorca dalam aksi malam ini.

Walaupun aksi the Catalans jauh lebih rendah berbanding sebelum ini, mereka masih mampu memastikan tiga mata penuh dalam setiap perlawanan sejak La Liga diteruskan setelah digantung akibat Covid-19.

Atletico Bilbao yang menghuni tangga pertengahan carta tewas kali kedua kepada Barcelona musim ini selepas dikecewakan pada aksi suku akhir Copa del Rey.

Kini Barcelona mengharapkan musuh tradisinya Real Madrid keciciran mata supaya ia dapat mempertahankan kejuaraan La Liga kali ini.

Sejak bersama Barcelona, Messi sudah menjaringkan 699 gol dan kini berusaha mendapatkan gol ke-700.-MalaysiaGazette