TERKINI : 5 PENDAKI HARAM Diselamatkan Bomba, Sesat di Bukit Tabur

Kedegilan empat pemuda termasuk tiga wanita yang dipandu seorang rakan lelaki pendaki berpengalaman melanggar larangan Jabatan Perhutanan dan mendaki Bukit Tabur dekat sini berakhir dengan masalah apabila sesat dan gagal menemui jalan turun.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar tengahari ini selepas kesemua lima pendaki itu memulakan pendakiannya ke kawasan terlarang itu sekitar jam 9 pagi tadi.