Peguam, Nurul Hafidzah Hassan mewakili pelakon, Zarina Anjoulie Mohamad Hafizul selepas hadir bagi mendengar keputusan permohonan mendapatkan penghakiman ingkar dalam kes saman fitnah terhadap pelakon, Amyza Adnan berhubung kenyataan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khusus untuk artis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi mengarahkan pelakon, Amyza Aznan untuk hadir ke mahkamah pada 10 Julai ini bagi pendengaran kes saman RM3 juta ke atasnya berhubung kenyataan berbaur fitnah berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk artis.


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi mengarahkan pelakon, Amyza Aznan untuk hadir ke mahkamah pada 10 Julai ini bagi pendengaran kes saman sebanyak RM3 juta ke atasnya berhubung kenyataan berbaur fitnah berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk artis.

ermohonan saman itu dikemukakan oleh pelakon dan model, Zarina Anjoulie yang mendakwa Amyza telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya menyebabkan ramai turut dipengaruhi berhubung bantuan BPN.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar mengarahkan peguam, Nurul Hafidzah Hasan yang mewakili Zarina sebagai plaintif untuk menyerahkan surat pemberitahuan kepada defendan.

Surat itu mengandungi arahan yang meminta Amyza selaku defendan hadir pada 10 Julai ini.

Ketika Nurul Hafidzah memaklumkan kepada Azimah bahawa perkara itu telah dimaklumkan melalui siaran media, beliau bertegas supaya memberitahu melalui surat.

“Bukan portal berita atau akhbar tapi perlu dimaklumkan melalui surat tentang prosiding ini.

“Defenden perlu hadir, tarikh yang ditetapkan adalah 10 Julai ini,” katanya.

Zarina Anjoulie.

Sebelum ini, peguam Zarina membuat permohonan di Mahkamah Tinggi bagi memasukkan penghakiman terhadap Amyza yang sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kes itu yang mana permohonan tersebut difailkan pada Jun lalu.

Nurul Hafidzah berkata, pihaknya membuat permohonan itu berikutan terdapat beberapa kenyataan fitnah yang dituntut anak guamnya sebelum ini dan sehingga kini tidak dijawab oleh Amyza serta tiada kehadiran daripada pihak berkenaan.

Zarina yang juga usahawan mendakwa beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagram pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan dan berpendapatan besar seharusnya sedar mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menyara diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah sepatutnya mereka berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas oleh krisis itu.

Dakwanya, pada 29 Mac lalu satu kumpulan dikenali sebagai “BANTUAN COVID-SENI 2020” telah ditubuhkan menggunakan aplikasi Telegram yang membincangkan mengenai bantuan COVID-19 kepada artis tempatan dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Dakwanya, kenyataan fitnah berkenaan membawa maksud bahawa plaintif seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, mempergunakan orang lain untuk menyerang defendan dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain.

Akibat kenyataan fitnah itu, Zarina mendakwa beliau mengalami kemurungan kerana dimalukan, sedih, sakit hati dan reputasinya turut tercalar selain mendakwa plaintif menerima kecaman dan reaksi negatif daripada masyarakat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.