TERKINI : BOT NELAYAN ASING YANG CEROBOH… Tembakan Amaran dan Tangkapan Sebagai Pengajaran

Bot-bot nelayan Vietnam yang memasuki perairan negara secara haram akan diberi tembakan amaran manakala nelayan-nelayannya akan ditangkap.

Itu amaran yang dibuat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas jumlah bot-bot nelayan negara tersebut semakin banyak membolosi perairan negara.