Gambar hiasan.

NEW DELHI – Lebih daripada 100 orang di utara India terbunuh disambar petir yang melanda dua negari sejak kebelakangan ini.

Pasukan pengurusan bencana di negeri Bihar berkata, seramai 83 orang terbunuh di sini manakala 20 lagi diberi rawatan di hospital.

Sekurang-kurangnya 20 orang lagi maut di Uttar Pradesh.

Petir biasa berlaku di India semasa ketika monsun hujan lebat.

Hujan lebat dan ribut petir telah mengakibatkan kerosakan pada pokok-pokok dan harta benda

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk agar berwaspada dan tinggal di dalam rumah kerana cuaca diramalkan buruk.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bantuan sedang dilakukan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Menteri Pengurusan Bencana di Bihar, Lakshmeshwar Rai berkata, kematian akibat disambar petir di negeri itu baru-baru ini adalah tertinggi yang pernah direkodkan dalam beberapa tahun ini.

Lebih daripada separuh kematian adalah di negeri di utara dan wilayah-wilayah timur, katanya.

Di Uttar Pradesh pula kebanyakan kematian berlaku di daerah Deoria – berhampiran dengan sempadan Nepal.

Lebih 2,300 orang maut di India pada tahun lalu akibat disambar petir dan sekurang-kurangnya 2,000 orang terkorban disebabkan petir setiap tahun sejak 2005.

Jumlah kematian akibat disambar petir tinggi di India kerana kebanyakan penduduknya bekerja di luar bangunan.

Pada tahun 2018, negeri Andhra Pradesh merekodkan 36.749 petir dalam tempoh 13 jam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast