Foto Instagram r. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi kegembiraan apabila Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak 30 tahun dengan menunjukkan baju kelab itu.

Menerusi Instagram miliknya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang terkenal sebagai penyokong setia The Reds turut membuat status dengan tulisan Liverpool dalam bahasa Jawi.

Tindakan Zulkifli itu menyebabkan ada penyokong kelab lain yang mengusik beliau dengan komen-komen gurauan.

Awal pagi tadi, Liverpool disahkan juara EPL musim 2019/2020 walaupun berbaki tujuh perlawanan lagi pada musim ini.

Ini kerana, skuad kendalian Jurgen Klop yang hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan dibantu kemenangan Chelsea ke atas Manchester City.

Ia merupakan kejuaraan yang ke-19 buat Liverpool dan yang pertama sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992.

Sejak musim 1990-91 Liverpool telah beraksi dalam 1,149 perlawanan melibatkan 103,410 minit (tidak termasuk waktu tambahan) sebelum bergelar juara piala ke-19.

Sepanjang 30 tahun ini, the Kops merekodkan 595 kemenangan dengan 1,968 gol dan 2075 mata. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. This kind of publicity is uncalled for. There are more vital national issues to be concerned with. What’s more when we are facing difficulties during the corvid 019 pandemic. Since our beloved nation’s independence, as far as I could recall, this is history in the making,whereby, an extrovert minister simply can’t control his emotions and invariably forgot that he is a huge fan of a game where 22 men chasing after a ball without covering their “aurat”. Waullahuallam.

Comments are closed.