Foto Facebook KAFA.

KUALA LUMPUR – Bekas penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Mohamad Sabu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang sedang dihadapi badan induk itu terutamanya masalah kewangan.

KAFA menerusi satu kenyataannya hari ini berkata, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada persatuan itu, semalam.

“Sumbangan diterima oleh Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan KAFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB).

“KAFA mengalu-alukan mana-mana YB atau ahli politik tidak kira apa jua fahaman turut membantu KAFA atas kepentingan sukan nombor satu rakyat Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, KAFA pernah melantik Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan itu pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menarik diri selepas dua bulan beliau dilantik.

Ketika ini, KAFA menanggung beban hutang kira kira RM5 juta membabitkan tunggakan gaji bekas pemain tempatan dan juga bekas pemain importnya.

Tuntutan bekas pemain import yang perlu dilunaskan mereka adalah Francisco Cassio de Jesus berjumlah RM629,620.28 dan Bruno Lopez yang berjumlah RM141,103.60 serta Alaeddine Bouslimi (RM157,380). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. RM 1000.00 aje. Mana duit banyak banyak. Komisyen jual aset negara. KAFA tu perlu berjuta ringgit bukan satu ribu. Satu ribu pun nak keluarberita. Riaknya dia ni. Duit habis kat beli dadah untuk anak dia.

  2. Selaku bekas Penasihat Kafa, amat bermurah hati AbgMat sembang RM1000 kepada Kafa. Majlis makan2 dan gambar2 sempena majlis sumbangan menelan kos lebih RM1000,… jadi dengan kebijaksanaan Presiden, Kafa untung besar

Comments are closed.