Korean Peace Eye aircraft #4 K65750

SEOUL – Kerajaan Korea Selatan meluluskan rancangan pembelian lebih banyak pesawat amaran amaran awal dan kawalan (AEW&C) dari luar negara sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pemantauan udara, kata agensi pemerolehan persenjataan.

Di bawah rancangan yang diluluskan oleh mesyuarat jawatankuasa promosi projek, negara itu akan melancarkan projek tersebut pada tahun depan untuk memperkenalkan lebih banyak pesawat dibeli dari luar negara menjelang 2027, berbanding membangunkannya dalam negara, dengan bajet sebanyak 1.59 trilion won (AS$1.32 bilion), menurut Pentadbiran Program Pemilikan Pertahanan (DAPA).

Angkatan tentera negara itu mahu membeli dua buah lagi pesawat amaran awal.

Kini, tentera udara Korea Selatan mengendalikan pesawat Peace Eye yang merupakan pesawat Boeing, B737.

“Projek ini menyasarkan meningkatkan menentang ancaman keselamatan yang meningkat oleh negara-negara jiran dan untuk meminimumkan kekosongan pengintipan,” kata seorang pegawai DAPA seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Pesawat AEW&C dilengkapi dengan sistem radar terkini yang direka untuk mengesan pesawat dan kenderaaan lain pada jarak jauh selain menguasai medan peperangan dari udara dengan mengarahkan serangan dilakukan jet pejuang.

Jawatankuasa itu juga meluluskan projek pemilikan  pesawat pengintip terkini, Baekdu. Rancangan yang melibatkn perbelanjaan sebanyak 870 bilion won yang akan dilaksanakan antara 2021 dan 2026, menurut DAPA.

Dilengkapi dengan sistem kawalan jauh dan sistem isyarat, pesawat Baekdu boleh melakukan misi mengumpul isyarat risikan Korea Utara.

Tentera Korea Selatan mempunyai enam buah pesawat Baekdu dan merancang menggantikan empat daripadanya dengan pesawat yang lebih canggih, menurut DAPA

“Selepas membeli dari luar negara, kami akan melengkapinya dengan sistem buatan tempatan,” kata seorang pegawai DAPA

“Ini yang ditambah baik dijangka meningkatkan keupayaan SIGINT (isyarat perisikan),” kata seorang pegawai DAPA.

Pada rancangan berasingan yang diluluskan semalam, Korea Selatan juta memutuskan untuk memiliki jet pejuang TA-50 Block-2 bermula  tahun ini hingga 2024 dengan bajet kira-kira 1 trilion won. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast