Dewan Rakyat Parliament Proclamation of Emergency Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR  – Pas mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri ke-8 yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac 2020.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, partinya yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera Kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan-kerajaan negeri. .

Katanya, segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.

“Pas amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti.

“Dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat,” katanya.

Semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah, Pas juga pernah menyatakan hasrat untuk membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Parlimen Mac.

Tindakan itu, menurut Takiyuddin, tindakan itu bertujuan meredakan keadaan susulan banyak khabar angin yang ditimbulkan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan Dr Mahathir.  – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

Comments are closed.