Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Prasarana turut di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 28 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Kumpulan Prasarana (Prasarana) telah menjual 62,000 pas perjalanan tanpa had My30 sehingga hari ini sejak diperkenalkan pada 15 Jun lalu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah itu meningkat dengan pembukaan semula sesi persekolahan sekolah dan menjelangnya tamat tempoh pakej My100 dan My50.

Beliau percaya My30 merupakan antara inisiatif yang akan merancakkan kembali sektor pengangkutan awam selepas terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

“Ekonomi negara perlu dijana semula agar Malaysia mampu bangkit walaupun vaksin wabak itu belum ditemui. Untuk mencapai sasaran, satu langkah yang diambil kerajaan adalah memperkenal My30, yang mana kerajaan telah memperuntukan RM200 juta.

“Sejak diperkenakan pada 15 Jun lalu, sebanyak 62,000 pas pernah telah dijual dan walaupun dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya juga difahamkan jumlah penumpang perkhidmatan LRT, MRT, BRT, monorel dan bas berhenti-henti di bawah jenama RapidKL mencatatkan purata 1.1 juta orang sebelum PKP. Alhamdulillah selepas hampir dua minggu dilancarkan, jumlah penumpang perkhidmatan awam telah meningkatkan beransur-ansur kepada 40 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Prasarana di Menara UOA di Bangsar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias.

Selepas sidang media, Tengku Zafrul turut sama menjadi pengguna My30 di Stesen Bank Rakyat Bangsar.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) hadir bagi mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Prasarana turut bersama Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (kanan) di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 28 JUN 2020

Bermula 15 Jun lalu, Prasarana membuka pembelian pas perjalanan tanpa had My30 untuk memberikan lebih penjimatan kepada penggunanya selama 30 hari secara eksklusif kepada rakyat Malaysia dan hanya untuk tempoh enam bulan sahaja.

Dengan hanya RM30 atau RM1 sehari, warga kota boleh menggunakan perkhidmatan ketiga-tiga rangkaian LRT Laluan Ampang, Lauan Seri Petaling dan Sunway, semua bas Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor termasuklah MRT.

Sementara itu, Muhammad Nizam memberitahu, untuk pakej perjalanan perjalanan MyCity, Prasarana akan menurunkan harga yang diberikan diskaun sekarang daripada RM10 kepada RM5 sahaja.

Jelas beliau, untuk pas tiga hari pula, harga turut dikurangkan dari RM25 hingga RM15 sahaja di mana pengguna boleh membeli pas-pas ini pada harga baharu mulai 1 Julai ini. – MalaysiaGazette