Perbandingan yang dibuat di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Kulit sebuah buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia secara terang-terangan mempermainkan jata negara.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan turut dikongsi di pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas tentang buku itu berkata, lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

“Perbuatan ini jelas menggambarkan betapa penulis buku seolah-olah merendah-rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Asyraf Wajdi Dusuki

Menurut beliau, seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000.00 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

“Nampaknya Akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda pada tahun 2016 belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Asyraf berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak penulis, penyunting dan penerbit buku tersebut disiasat dan diambil tindakan tegas jika benar terbukti wujud motif untuk berlaku biadab dan menghina lambang rasmi negara.

Kementerian Dalam Negeri juga, katanya, harus segera mengambil langkah menggantung penerbitan dan pengedaran buku ini untuk mengelakkan daripada terlepas ke luar negara, seterusnya menjatuhkan imej negara di mata masyarakat dunia. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Tak payah denda laaa..belakang depa ni banyak taikun2 komunis back up..setakat denda 20-30 ribu penulis buku sampah ni tak de kesan…PENJARA kan jer…biar jd pengajaran kpd penganut komunis lain

  2. Mmg anjing lh penulis tu..punya lh byk benda lain ko nk buat, itu juga ko nk rosak kn..mmg bgsa yg tak pnh kng budi…klu rasa tak suka kpd ngra ini sila berambus ya..kmi pun tak minta ko dtg sini ya..

  3. British jajah kita rompak hasil bumi, dan paling menderita buat kita British tinggalkan kaum2 komunis dan ltte untuk kita. Mereka takkan sama sekali tunduk pada kita sebagai pemerintah melainkan negara ini mereka kuasai dan ubahsuai mengikut citarasa mereka puak kafir ini.

    Org kita masih leka dengan cerita bodoh 1mdb dan janji petrol 1.50 sanggup jadi pengkhianat dan gadai maruah.
    Kita mesti kukuhkan politik, ekonomi disamping teras Agama dipastikan tertanam dan kuatkuasakan undang2 dengan tegas.

  4. Geng2 KOMUNIS dah mula dah!

    Jom boikot kedai2 dan produk2 KOMUNIS!

    Tak rugi pun!

  5. Siapa tak suka Malaysia boleh pergi Australia… Melbourne! Disana kebebasan TIADA BATASAN!

  6. memang macam ini lah perangai orang DAP.
    Pelik…kenapa masih ada orang melayu bersekongkol dengan kafir harbi DAP ini.
    Mari kita hapuskan mereka ini.

  7. Tegaslah wahai Malaysia,
    Tegaslah wahai Negaraku,
    sampai bila penghinaan2 begini akan berlaku??
    sampai bila penghina2 nie terus berani menghina??
    berdirilah wahai pembela agama,bangsa dan negara,
    buatlah sesuatu yg boleh menginsafkan si penghina2 nie semua

Comments are closed.