Foto Instagram Mia Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad mendedahkan nama anak keduanya iaitu bayi perempuan yang diberi Iris.

Berita itu dikongsikan oleh Mia menerusi Instagram miliknya selepas sepuluh hari kelahiran puterinya itu.

Menerusi perkongsian itu, Mia turut memuat naik gambarnya bersama suami dan turut mendedahkan wajah bayinya buat kali pertama.

Sebelum ini, Izham berkata, sepatutnya anak kedua mereka itu lahir pada hujung bulan ini tetapi lahir seminggu lebih awal.

Namun lebih bermakna jelas Izham apaabila anaknya itu lahir dalam bulan Syawal.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018. – MalaysiaGazette.