KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang mahu merahsiakan jantina bayi sulung yang dijangka Oktober ini nampaknya seperti tidak kesampaian.

Ini kerana status di Instagram pengurus Fazura iaitu Iman Tang menjadi perhatian ramai apabila seolah-olah memberi bayangan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.

Berkongsikan gambar bersama Fazura, lebih menjadi perhatian apabila Iman Tang memaklumkan sudah menempah anak pasangan itu untuk menjadi penyokong kelab bola sepak Liverpool.

Sebelum ini, Fazura berkata dia dan Fattah mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah bayi itu dilahirkan.

Malah, Fazura memberitahu orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai jantina bayi mereka sebaliknya mohon supaya mendoakan agar dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat kerana itu lebih penting. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast