Bersatu
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persidangan Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tertangguh ekoran wabak Covid-19 boleh bersambung semula pada 10 Julai hingga 26 Julai ini.

Manakala di peringkat Bahagian, tarikh baharu adalah 22 Ogos.

Persidangan Armada Bahagian pula berlangsung pada 15 Ogos manakala Srikandi Bahagian dijadualkan 16 Ogos.

Setiausaha Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Perhimpunan Agung tahunan pula berlangsung pada 27 September.

Perhimpunan Agung Armada dan Srikandi pula 26 September. – MalaysiaGazette