Datuk Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon baharu perdana menteri Pakatan Harapan.

PETALING JAYA – PKR menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri (PM) manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sinchew Daily melaporkan, PKR bertegas supaya Anwar menjadi calon PM dan pendirian itu tidak tergoyang oleh cadangan alternatif oleh Dr. Mahathir.

“Tindakan Dr. Mahathir ini adalah untuk memalukan Anwar, bukannya ikhlas mengangkat Shafie sebagai PM.

“Jangan lupa bahawa parti yang dipimpin Shafie adalah parti pelbagai kaum, bukannya parti Melayu,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Kata sumber itu, mengikut prosedur, PKR hanya akan berbincang tentang cadangan gandingan baharu sekiranya ia dibangkitkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) oleh parti komponen.

Katanya, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat pada Ahad justeru tidak membincangkan cadangan Shafie sebagai PM secara rasmi, tetapi isu itu hanya dibangkit secara ringkas dalam mesyuarat.

“Daripada pemimpin yang berbicara dalam mesyuarat, tiada seorang pun yang menyokong Shafie sebagai PM.

“PKR tidak membincangkan isu ini secara rasmi, kami tidak peduli melainkan DAP atau Amanah membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Pendirian kami justeru adalah selari dengan keputusan yang dibuat sebelum ini, iaitu menyokong Anwar sebagai PM,” katanya.

Menurut sumber, Sekretariat PH akan memanggil mesyuarat pada 2 Julai dan isu gandingan Shafie-Anwar-Mukhriz mungkin dibincangkan jika ada parti komponen yang membangkitkannya.

Selepas melepasi Sekretariat PH, isu itu akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat Majlis Presiden PH.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin PKR berkata, mesyuarat pada Ahad tertumpu kepada isu disiplin parti dan persediaan menghadapi pilihan raya kilat, sementara isu Shafie sebagai PM tidak dibincang secara rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. PKR buat bidaan kepada party gabungan PH untuk mengambil Hatok Der menjadi Ketua Pemimpin partinya dari simulation ini rakyat akan lihat dan percaya “kebenaran” Hatok Der benar-benar dikehendaki mereka bukan dijadikan binatang tungakan. Ini hanya cadangan untuk mencari penyelesaian memandangkan orang tua itupun tiada mana-mana partipun.

  2. mahadir sudah menjadi duri dalam daging ph sekarang. tapi atas ihsan ph mereka tidak menolaknya secara nyata. orang tua sepatutnya berfikiran matang dan resional. tinggal lah ketika orang sayang. jangan peegi ketika orang benci. kecuaali pulihkan dahulu kebencian orang itu. sehingga bertukar sayang.

Comments are closed.