TERKINI : Pasar Borong KL Baharu Siap Akhir Tahun Depan – Annuar Musa

Pelan tindakan untuk membangunkan Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) yang lebih moden dan sesuai sudah di peringkat akhir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelan itu disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pelaksanaannya dianggarkan menelan kos sehingga RM200 juta hingga RM300 juta.

Kos itu membabitkan pembinaan bangunan berteknologi hijau serta penggunaan lebih banyak jentera, dengan mengambil contoh model pasar borong di Jepun, Korea dan beberapa negara maju lain.

“Kita mahu menyediakan tempat berniaga yang lebih baik untuk semua, termasuk peniaga dan pengguna. PBKL ini sudah hampir 30 tahun dan bangunannya sudah tentu perlu diperbaharui.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast