Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak susut dalam awal dagangan hari ini selepas California melaksanakan sekatan pergerakan susulan peningkatan kes Covid-19 yang dikhuatiri akan menjejaskan permintaan minyak mentah.

West Texas Intermediate (WTI) susut sebanyak AS$0.13 kepada AS$39.69 setong, jatuh 1.4% berbanding hari Rabu.

Harga Brent juga jatuh AS$0.15 kepada AS$41.89 setong selepas naik 1.8% pada sesi sebelumnya.

California membatalkan rancangannya untuk membuka kembali ekonominya pada hari Rabu, melarang makan di restoran, menutup bar dan meningkatkan penguatkuasaan penjarakan sosial dan langkah-langkah lain ketika jangkitan Covid-19 meningkat.

Harga minyak meningkat pada sesi sebelumnya setelah data Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan inventori minyak mentah turun 7.2 juta tong daripada paras tertinggi minggu lalu, jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh pasaran.

Namun, para penganalisis memaklumkkan data juga menunjukkan stok gas meningkat disebabkan oleh kenaikan import yang mendadak, berbanding jangkaan kejatuhan inventori. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast