Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KAJANG – Akibat membuat kenyataan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pesara didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahadi Ibrahim, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, bapa kepada lima orang anak itu didakwa membuat kenyataan tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 10.48 malam, 4 Jun lepas di Taman Semenyih Indah daerah Hulu Langat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mahadi merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda minimum kerana dia penanggung tunggal keluarga, selain mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi yang memerlukannya membuat rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin berkata bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu berpegang teguh kepada rukun negara, satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.

“Institusi Diraja perlulah dihormati dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Saya mohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dapat dikenakan kepada OKS,” katanya.

Mahadi membayar denda tersebut.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Penanggung tunggal keluarga? Anak-anak dia bencikan OKS ni ke? Biarlah dia bayar 5k tu dan tiada kaitan pun dengan segala jenis penyakit, sakit dibenarkan mendapat rawatan hospital kerajaan.

Comments are closed.