Gaya baharu rambut Paul Pogba.

LONDON – Pemain tengah, Manchester United (MU), Paul Pogba mencuri perhatian ramai apabila dia tampil dengan gaya rambut baharu dengan membuat ukiran yang membawa simbolik kepada pergerakan Black Lives Matter (BLM)

The Sun melaporkan, gaya rambut itu dapat dilihat ketika perlawanan membabitkan United bersama Bournemouth menerusi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Selain Pogba, ramai pemain bola di seluruh dunia turut memberikan sokongan kepada BLM susulan kematian George Floyd akibat kekerasan polis baru-baru ini.

Kematian itu turut mencetuskan kemarahan di peringkat global sehingga wujudnya protes secara besar-besaran.

Menurut Ketua Eksekutif Liga, Richard Masters, pihaknya sentiasa menyokong tindakan pemain sebagai satu sentimen tanpa membabitkan diri dengan mana-mana organisasi politik.

“Kita bukan orgnanisasi politik tapi kita gembira untuk menyokong para pemain.

“Kali pertama saya rasa pemain, pengurus, liga dan kelab senada dalam isu diskriminasi dan ia merupakan perubahan yang positif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette