Mason Greenwood (kiri) dan Alan Shearer.
LONDON – Lagenda England, Alan Shearer telah menilai bahawa penyerang sensasi Manchester United, Mason Greenwood sudah layak untuk dipanggil mewakili pasukan kebangsaan pada Euro 2020.
Penyerang berusia 18 tahun itu adalah bintang yang semakin meningkat dalam skuad Manchester United.
Musim ini dia berjaya membuat 15 gol dalam skuad senior Manchester United meskipun adalah musim pertamanya.
Aksi Greenwood yang luar biasa telah membuktikan penyerang itu dapat bermain di Euro 2020 tahun depan.
Namun ada yang berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk pemain ini menyertai skuad senior England.
Shearer bagaimanapun berpendapat bahawa Greenwood mempunyai kemampuan yang cukup untuk bermain di Euro 2020 nanti.
“Saya sangat suka melihat Mason Greenwood bermain” ujar bekas pemain Newscastle United itu kepada The Sun.
Shearer akui bahawa dirinya sangat kagum melihat aksi Greenwood di United musim ini dan menganggap Solskjaer telah mengasah bakat hebat dalam pasukan mereka.
“Penyerang Manchester United menunjukkan bahawa dia adalah pemain pemusnah semula jadi untuk pasukan lawan dan kita tidak boleh lupa bahawa dia masih berusia 18 tahun dan dia juga boleh menendang kaki kiri atau kaki kanannya itu adalah perkara luar biasa.
Shearer menilai Greenwood mempunyai peluang besar untuk masuk ke dalam skuad pasukan kebangsaan Euro 2020 England.
Dia percaya jika penyerang itu terus bermain dengan baik di Old Traffoed maka tidak mustahil jika dia akan bermain dengan skuad untuk Three Lions.
“Pada bulan Januari, saya memberitahu Greenwood berpotensi untuk memasuki skuad Euro. Sekarang saya bersetuju dengan Ole Gunnar Solskjaer dengan mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk bermain bersama England.”
“Penundaan Euro 2020 selama satu tahun sebenarnya merupakan rahmat buat Greenwood dan saya yakin Gareth Southgate sedang memerhatikannya. Saya tidak akan terkejut jika tahun ini dia dapat memulai debutnya di pasukan kebangsaan senior,” kata Shearer. – MalaysiaGazette