Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Ithnin

KUALA LUMPUR – Susulan pemecatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ramai lagi anggota pimpinan daripada Armada Bersatu, Ahli Parlimen Muar itu dipelawa menyertai parti sekutu Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Amanah Negara.

Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Amanah sangat terbuka menerima penyertaan tokoh dan para aktivis anak muda ini ke dalam parti itu untuk bersama-sama memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

“Amanah bukanlah asing bagi Syed Saddiq dan rakan-rakan Armada. Sejak menghadapi PRU14 sehingga ke hari ini, Amanah terus bekerjasama dengan kumpulan Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Syed Saddiq sendiri.

“Pemuda Amanah optimis bahawa penyertaan ini bakal merancakkan lagi dinamiknya gerakan anak muda dalam arena politik tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bersatu sebelum itu menghentikan serta-merta keahlian Syed Saddiq, Dr Mahathir dan tiga ahli Parlimen lain termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah serta Dr. Maszlee Malik, 28 Mei lalu.

Tindakan itu dibuat atas alasan mereka duduk bersama blok pembangkang pada sidang Dewan Rakyat, 18 Mei lalu.

Susulan itu, lima ahli Parlimen itu bersama bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya memfailkan saman untuk mencabar keputusan parti itu melucutkan keahlian mereka pada 9 Jun lalu.

Mereka berkata, keputusan memberhentikan keahlian mereka tidak sah kerana Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya tiada kuasa menyingkir mereka disebabkan kedudukannya tidak diiktiraf perlembagaan parti. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tokoh penipu tisu lembik jangan diajak lah, tolong. Kamu tak serik ke kena dimain dengan orang begini?

  2. Amanah tak sesuai tu. Masuk DAP elok. Sama sama putar alam. Kaki klepet duit tu.

Comments are closed.