TERUSKAN : KKM Akan Terus Buat Ujian Saringan Covid19 – Dr Noor Hisham

“Aktiviti saringan akan terus dijalankan untuk bukan hanya kluster jemaah tabligh Sri Petaling tapi juga subklusternya.

“Sekolah tahfiz dan madrasah masih kita jalankan saringan, kalau ada keperluan dan ada tanda-tanda peningkatan kes contohnya jemaah tabligh kita akan jalankan ujian saringan,” katanya dalam sidang media harian berhubung Covid-19, hari ini.