Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – “Kenapa tanya saya masih (ahli) Bersatu atau tidak? Mengapa ada perkataan “masih”?” soal Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali ketika ditanya mengenai status keahliannya dan apakah benar beliau telah menubuhkan parti baharu.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai penubuhan parti baharu.

“Siapa kata ada parti baharu?

“Sudah pasti saya tidak pernah menghantar sebarang permohonan untuk menubuhkan parti baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” tegasnya.

Azmin berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sijil Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 370001:2016 di kementeriannya hari ini.

Pada 15 Jun lalu, Azmin bersama beberapa Ahli Parlimen dikatakan telah menghantar borang permohonan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Beberapa hari selepas itu, ketika ditanya pemberita, Azmin berkata, isu tersebut tidak timbul kerana beliau bersama rakan-rakannya mahu memberi tumpuan kepada pengundi dan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.