Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan berkuat kuasa 29 Jun.

Tugasnya dipangku oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom sehingga pelantikan baharu selaras Perkara 114(7) Perlembagaan Persekutuan.

“Peletakan jawatan ini diperkenankan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun,” kata SPR dalam kenyataan hari ini.

SPR dalam kenyataan yang sama berkata, , ia berikutan peletakan jawatan Azhar telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan Azhar dikaitkan dengan pencalonan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, susulan usul pengguguran Datuk Dr Mohd Ariff Mohd Yusof oleh Perdana Menteri.

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.