Abdul Latiff Ahmad

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang menimbulkan kontroversi ekoran kenyataannya mengenai UMNO – enggan memanjangkan lagi isu berkenaan.

Malah beliau juga enggan melayan permintaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajid Dusuki yang mahu menemuinya.

“Buat apa saya nak jumpa dia (Asyraf Wajdi), dia bukan presiden saya. Adakah perlu saya jumpa Pemuda UMNO. Apa kaitan kementerian ini dengan Pemuda UMNO?

“Saya sudah minta maaf, sudah tidak ada apa dah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan di Dewan Seri Lestari kementerian itu hari ini.

BACA: Jangan kita bercakaran, saya mohon maaf – Abd Latiff

Beliau berkata demikian ketika ditanya samada akan bertemu dengan Asyraf Wajdi mahupun Exco Pemuda UMNO bagi menjelaskan kenyataannya.

Sebelum itu, kenyataan beliau tentang UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meniadi kontroversi termasuk sesama parti dalam Perikatan Nasional.

Semalam, Asyraf Wajdi menggesa agar Ahli Parlimen Mersing itu meletakkan jawatan susulan kenyataannya bahawa parti itu ‘tidak laku’ di Sabah.

Beliau berkata Pemuda UMNO memandang serius kenyataan Abdul Latiff yang dibuat dalam sebuah forum baru-baru ini sebagai biadap dan angkuh.

“Dia (Asyraf Wajdi) bukan Ahli Parlimen. Saya faham dengan orang politik, buat apa nak panjangkan cerita,” katanya lagi.

Ditanya mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai menteri dan Ahli Parlimen, beliau meletakkan perkara itu di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang lantik saya,” tegas Abd. Latiff.

Selain Asyraf, Ketua UMNO Bahagian itu, Mohd Youzaimi Yusof, turut berkata Abd. Latiff pernah menyatakan kepada kepimpinan dan akar umbi UMNO Bahagian Mersing akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya beliau melompat parti.

Isu ini turut mendapat reaksi bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

BACA: Ambil balik Mersing, kata Najib

Najib berkata tiada keperluan untuk Abd Latiff membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti.

Dalam pada itu, Najib turut mencadangkan Mersing perlu diambil balik oleh UMNO. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Abd Latiff perlu letak jawatan – Asyraf

 

8 Komen

  1. Dis telah membuat kenyataan sangat biadab tentang UMNO. Minta maav sahaja tak cukup. Kena ada bayar kifarah kepada ahli UMNO.

  2. Latif ni menteri apa? apa contribution? apa deliverable?

    Kepada Asyraf, teruskan vokal, kritikan2 anda kepada pengurusan teruk pakatan hancing dalam TH sangat membina, bergitu juga kritikan anda kepada Mamat diatas dan banyak lagi perkara2 lain yang anda sumbangkan!

    Rakyat memerhati, teruskan perjuangan!

  3. Org panas baran kot latif ni , disini nampak dia tk cerdik , dan muka pun nmpk sombong serta akal kurang …

  4. Tau dah latif ni tak brp bijak.. Tp jgn la tunjjk kan sangat bodohnya tu.

    Menghitung hr2 terakhir sebagai MP

  5. Menteri ni telor takder larr tu. Tidak sanggup berdepan akibat perbuatan sendiri. Angkub dan nak putar belit kenyataan..

Comments are closed.