David Alaba

LONDON – Manchester City dikhabarkan bersedia untuk membeli pemain bek pertahanan Bayern Munich, David Alaba menjelang penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ini.

Laporan di Manchester mendakwa Pengurus the Noisy Neighbours, Pep Guardiola kini dalam proses membina semula pasukannya untuk kembali bersaingan dalam liga domestik musim hadapan.

Guardiola dikatakan telah mengenalpasti kelemahan di bek kiri pertahanan antara isu yang perlu dibaiki segera dengan pemain yang sesuai.

Bagi tujuan itu, Guardiola menganggap Alaba pemain paling sesuai dengan rupa fizikal dan fokus yang dimilikinya berdasarkan prestasi semasa dalam Bundesliga pada usia 28 tahun.

Perkembangan semasa kontrak semasa Alaba bersama Bayern Munich meletakkan Man City untuk mencuba nasib dengan memujuk pemain itu berhijrah ke Stadium Etihad.

Alaba kini merupakan salah satu pemain bek pertahanan terbaik Eropah dan hanya berbaki setahun daam kontrak di Bayern Munich.

Bayern Munich pula berada dalam keadaan tertekan kerana perlu menjual pemain itu sekiranya tidak menyambung kontrak Alaba dengan tuntutanya.

Situasi itu turut meletakkan Inter Milan dalam keadaan bersiap sedia untuk meletakkan tawaran lumayan ke atas Alaba.

Manakala Man City memantau secara dekat perkembangan pemain itu dan serius untuk membawa masuk Alaba memandangkan tahap konsistensi Benjamin Mendy di Etihad tidak menentu.

Manakala pemain baharu Oleksandr Zinchenko juga gagal mengisi ruang itu seperti diharapkan Pep Guardiola.

Man City juga bersedia untuk menyokong Guardiola mengeluarkan dana besar untuk merekrut pemain baharu seperti diinginkan Guardiola iaitu penyerang, perancang tengah dan bek pertahanan kiri menjelang EPL musim 2020/21.-MalaysiaGazette